Dua kewarganegaraan Eugenio Lopez III

Kewarganegaraan López menjadi pertikaian sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan francais siaran ABS-CBN Corporation.[2] Ia telah didakwa bahawa López hanya memegang kerakyatan Amerika, sekaligus melanggar perintah Perlembagaan 1987 bahawa syarikat media harus dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Filipina, dan bahawa beliau sepatutnya memperoleh status kerakyatan Filipina apabila beliau membuat rayuan untuk pengiktirafan sebagai warga Filipina pada 2001.[3] Jabatan Keadilan Filipina berpendapat bahawa López ialah rakyat Filipina secara naturalisasi sejak Perlembagaan 1935 memberinya kerakyatan Filipina secara automatik samada kedua-kedua ibu bapanya ialah warga Filipina sambil juga memiliki status kewarganegaraan Amerika kerana undang-undang jus soli A.S.. Penggunaan pasport A.S. juga disahkan tidak relevan bagi kewarganegaraan Filipinanya.[4][5]